Islamic Financial Advisor Representative (iFAR)
Bertauliah BNM · Capspring Temasik Sdn Bhd · Seluruh Malaysia
Sebagai seorang ibu kepada empat orang anak, Hazirah tidak pernah melihat kerjayanya sekadar "menjual produk." Setiap kali beliau duduk bersama pelanggan, beliau melihat sebuah keluarga, sama seperti keluarganya sendiri.
Pengalaman beliau sebagai banker selama hampir 8 tahun di Maybank mengajar beliau satu perkara penting: wang bukan perkara yang kita suka bincangkan, tetapi ia adalah perkara yang paling penting untuk keluarga kita.
Itulah yang mendorong Hazirah untuk terus berkembang. Bukan sekadar menjual, tapi benar-benar membantu.
Setiap langkah dalam kerjaya Hazirah membentuk siapa beliau hari ini dan mengapa beliau mampu membantu anda dengan lebih baik.
Bermula sebagai petugas perkhidmatan pelanggan sebelum naik pangkat menjadi Relationship Manager. Di sini Hazirah belajar memahami keperluan kewangan keluarga secara mendalam dalam sektor pinjaman, simpanan, insurans, dan perancangan jangka panjang.
"Ramai pelanggan saya di bank tidak tahu bagaimana harta mereka akan diagihkan jika mereka tiada. Itulah yang mula mengusik fikiran saya."
Selepas hampir lapan tahun di perbankan, Hazirah membuat keputusan berani dengan berpindah ke industri takaful. Beliau naik pangkat menjadi Agency Manager, memimpin pasukan ejen dan berkhidmat kepada ratusan keluarga Malaysia.
"Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Saya hanya boleh menawarkan produk satu syarikat sahaja, walaupun ada pilihan yang lebih baik di luar sana untuk pelanggan saya."
Langkah terbesar dalam kerjaya Hazirah. Dengan kelayakan iFAR daripada Bank Negara Malaysia, beliau kini beroperasi sebagai penasihat bebas yg tidak terikat kepada mana-mana syarikat takaful. Ini bermakna cadangan beliau adalah untuk anda, bukan untuk komisyen semata-mata.
"Sekarang saya boleh bandingkan pelan dari 8 syarikat takaful dan pilihkan yang paling sesuai untuk keluarga anda. Itulah erti nasihat yang jujur."
Ada seorang ibu datang jumpa saya dengan mata berkaca. Beliau perlukan satu pelan yang saya tahu memang ada tapi saya tidak boleh tawarkan. Pada hari tu, saya sedar yang saya bukan perunding. Saya hanya jurujual sahaja.ini lah turning point sebenar career saya
Bayangkan bangun setiap pagi dengan niat yang ikhlas nak membantu orang. Tapi sampai di pejabat, anda hanya ada satu pilihan. Satu operator. Satu senarai produk. Itu sahaja senjata anda.
Apabila ada prospek yang datang dengan keperluan yang tidak sesuai dengan produk syarikat anda, anda diam. Ada juga yang sanggup "Goreng" prospek sehingga prospek percaya pelan itu paling sesuai. Bukan kerana tidak tahu. Tapi kerana tidak dibenarkan. Anda tahu ada penyelesaian yang lebih baik di luar sana, tapi tangan anda diikat oleh kontrak agensi.
Itulah realiti kehidupan ejen tied-agency. Setiap hari, ada pelanggan yang pergi tanpa perlindungan yang sepatutnya. Bukan kerana tiada produk yang sesuai, tapi kerana ejen mereka hanya boleh tawarkan pelan perlindungan dari satu syarikat sahaja.
Lebih menyedihkan? Seorang ejen biasa juga tertutup dari potensi pendapatan sebenarnya. Dengan akses kepada hanya satu operator, struktur komisyen pun terhad. Sebagai FAR pula, Hazirah boleh mengakses kadar komisyen yang lebih kompetitif merentasi pelbagai operator. Bermakna lebih banyak usaha yang diberi dihargai secara adil, dan lebih banyak masa boleh dilaburkan untuk khidmat pelanggan.
Hazirah mengambil masa dua tahun untuk berfikir, melabur dalam dirinya sendiri, dan akhirnya mendapat kelayakan iFAR (Islamic Financial Advisor Registered) dari Bank Negara Malaysia. Hari beliau meninggalkan " Tied Agency " adalah hari beliau mula menjadi perunding yang sebenar.
Setiap pengalaman yang beliau lalui memberikan anda kelebihan yang tidak semua orang dapat.
Dengan latar belakang perbankan, Hazirah faham bagaimana institusi kewangan beroperasi. Beliau tahu soalan yang perlu ditanya — dan jawapan yang perlu anda dengar.
Tidak terikat kepada mana-mana syarikat tunggal. Hazirah membandingkan pelan dari 8 panel operator takaful dan mengesyorkan yang paling sesuai untuk situasi khusus anda.
Sebagai ibu kepada 4 orang anak, Hazirah tahu apa yang dipertaruhkan. Bukan angka — tetapi masa depan anak-anak anda dan ketenangan hati isteri anda.
Kelayakan iFAR (Islamic Financial Advisor Registered) memastikan setiap nasihat yang diberikan adalah patuh syariah, beretika, dan di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia.
Hazirah akan menerangkan setiap butiran pelan — dari manfaat, pengecualian, hingga kos sebenar — sebelum anda membuat sebarang keputusan.
Bukan sekadar jual dan tinggal. Hazirah kekal bersama anda — mengemas kini pelan apabila keperluan keluarga berubah, dari kelahiran anak hingga persaraan.
Hazirah akan mendengar keperluan anda, bandingkan pelan terbaik dari 8 syarikat takaful, dan berikan cadangan yang jujur — percuma, tanpa tekanan.